Fakulti Pengajian Teknokorporat dirintis dengan penstrukturan semula Jabatan Akademik & Penyelidikan di KPBKL MAIWP pada Mei 2019. Ia merupakan gabungan tiga sekolah sebelum ini iaitu Sekolah Pengurusan, Sekolah Perakaunan dan Sekolah Sains Komputer dan Kuantitatif. Selepas penggabungan ini, dua jabatan diwujudkan di bawah fakulti iaitu Jabatan Tadbir Urus Korporat dan Jabatan Teknoperniagaan yang menjadi pusat ilmu dalam bidang ekonomi, pengurusan perniagaan, perakaunan, matematik,statistik  dan teknologi komputer.